About Me

Salam Pertemuan. Anda mesti tertanya-tanya siapakah pemilik Blog Informasi Cyber ini dan mengapa blog ini dibina bukan? Baiklah, akan saya ceritakan.

Nama saya Mohd Zulhilmi bin Mohd Jamel, jika diringkaskan menjadi MOZUMEL. Anda boleh panggil saya dengan panggilan Zul. Saya merupakan anak kelahiran pahang dan sekarang menetap di Selangor tetapi buat masa ini saya berada di Kedah bagi menghabiskan pengajian saya dalam Ijazah kewangan di Universiti Utara malaysia.

Jika di lihat, saya merupakan pelajar kewangan dan jauh sama sekali dengan bidang cyber, apatah lagi dengan dunia usahawan dan perniagaan internet ini. Tetapi ada satu perkataan yang tertanam di dalam hati saya iaitu MINAT. Ini yang membuatkan saya berkecimpung dalam dunia cyber ini. Minat yang mendalam untuk menjadi usahawan internet ini lah yang membuatkan saya maju setapak dengan terbinanya Blog Informasi Cyber.

Minat yang lahir di dalam hati saya ini telah lama muncul tetapi bukan mudah untuk saya realisasikan. Saya hampir putus asa dalam dunia usahawan cyber ini, tetapi berkat kesabaran dan usaha yang mendalam saya berjaya teruskan dan InshaAllah dengan terbinanya blog ini akan dapat membatu anda dalam melangkah setapak kehadapan untuk sama-sama berkecimpung dalam dunia Usahawan Cyber ini.

Tanamkan semangat anda, tanamkan minat anda dan usah gusar untuk maju kehadapan. Yakinlah pada diri sendiri dan jangan putus asa kerana “usaha itu tangga kejayaan”.

Sama-samalah kita berkongsi pendapat dan informasi serta pengalaman dan mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini diberkhati oleh yang Maha Esa. InshaAllah.

Terima kasih buat semua pembaca, dan teruskan mengunjungi Blog Informasi Cyber. Salam muhibah….

No Comments

Comments are closed.